Monday 12 October 2009

Masalah Berakar Umbi - Di mana Silapnya?

Saya tidak menjangka bahawa komentar saya mengenai isu kemenangan Tan Sri Isa Samad [UMNO/BN] di Bagan Pinang mendapat respond yang positif dan menarik sehingga telah mengheret permasalahan politik di Sabah di ruangan Facebook saya, yang dibangkitkan khususnya oleh sdr.Hj.Ismaily Bungsu,yang juga manatan Pegawai kanan Sabah sewaktu ketika dulu.

Secara peribadi saya cukup mengenali beliau.Sebagai seorang rakan lama, Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala lontaran idea serta curahan isihati beliau menerusi laman FB. saya. Walau dalam keadaan nada apapun atau dalam cara manapun beliau melontarkan idea dan pendapat tersebut, pada saya ia tetap memberikan sesuatu yang menarik untuk difikirkan bersama. Mungkin melalui cara ini kita akan mendapat jawapan yang boleh dimanfaatkan.

Namun sebelum persoalan-persoalan saya lontarkan, ingin juga saya memaklumkan bahawa pada dasarnya, bicara isu atau hal politik Sabah ini jarang saya sentuh atau kurang saya memberikan respond melalui FB mahupun dilaman blog ini,kerana saya bependapat atau merasakan saya bukanlah orang yang tepat mengemukakan apa lagi untuk menjawab permasalahan ini.

Namun atas pandangan dan respond yang baik dan menarik dengan fakta-fakta yang dinyatakan oleh Sdr. Hj.Ismaily, telah mengambit saya untuk menulis dan lantas mengemukakan beberapa soalan yang pada saya penting untuk dijawab pihak yang berkaitan, bagi mengelakkan kekeliruan kita terhadap persoalan yang dibangkitkan. Misalnya:-

Pertama: Mengapa persoalan kemiskinan di Pitas tak pernah selesai sejak dari Zaman pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS hingga ke BN.sekarang ni.Di manakah silapnya? Sistem politikkah, agensi pelaksanakah atau mentaliti orang /masyarakat kitakah?

Kedua: Persoalan Lombong Mamut di Ranau. Seingatan saya, lombong ini dibuka pada tahun 80-an. Sewaktu bertugas di pejabat Daerah KB. [1980-82] lori tembaga mamut ini banyak merosakkan jalan menuju ke Usukan. Zaman ini zaman pemerintaha BERJAYA. Kalau begitu, siapa pula meluluskannya serta siapa pula mengaut keutungannya?

Ketiga: Isu pelajar dari Pulau Mantanani, setahu saya ramai kalangan pelajar kawan saya dari Pulau itu mencapai akademik yang baik sehingga dapat PHD. dan jadi ketua jabatan. Namun, jika pelajar SK. Mantanani yang bermasalah-adakah ini isu atau campur tangan politik, atau isu pentadbiran sekolah atau gurunya atau ibubapa? Apakah cara penyelesaiannya?

Saya mengemukakan respond ini, bukan kerana didorong oleh perbezaan fahaman politk antara saya dengan Tuan Hj. Haji Ismaily, tetapi ingin mendapat jawapan pasti terhadap permasalahan yang dibangkitkan, yang pada saya juga telah berlarutan sekian lama - bukan sahaja sekarang ini [BN} tetapi dari satu zaman pemerintahan ke zaman / era pemerintahan yang lain. Mengapa semua parti / kerajaan yang memerintah ketika itu dan sekarang ni [BN] gagal menyelesaikan masalah ini?. Saya punya keyakinan ia mesti punya jawapannya.

Institut Kajian Pembanguan Sabah [IDS] adalah sebuah badan yang ditubuhkan kerajaan bagi mengkaji hal-hal berkaitan pemasalahan soso-ekonomi rakyat Sabah. Saya yakin IDS pernah membuat kajian tentang hal ini dan barangkali punya jawapan terhadap persoalan ini. Jika belum, wajarkah kita mengadakan satu kajian menyeluruh berkaitan masalah ini. Atau jika sudah dilaksanakan, apakah pula dapatan [in-put] yang diperolehi melalui kajian tersebut?

Saya berpendapat [jika ada], ia wajar dibentangkan dan dimaklumkan kepada rakyat, agar rakyat memahami punca permasalahan ini. Jauh daripada itu, apakah langkah-langkah pihak terbabit [agensi-agesni kerajaan seperti;- pejabat daerah, pegawai pendidikan daerah, Pej.alam sekitar, perancang ekonomi dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan]yang perlu atau pernah dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut, yang pada saya telahpun berakar umbi sejak sekian lama.

Friday 11 September 2009

Orang Kita Malas Membaca?

Setiap kali saya berjumpa dengan rakan penulis, terutamanya sdr.Abdul Naddin, beliau pasti akan bertanya mengapa saya tidak lagi menulis atau menghantar sebarang post ke laman blog saya, terutama di http://www.matanam.bogspot.com? Secara spontan saya menjawab "malas". Mengapa? ujur beliau? Saya kata - sebenarnya tidak juga ramai rakyat yang membaca, kerana sebanarnya rakyat MALAYSIA ni, ujur saya "malas membaca" terutama di kalangan generasi muda Melayu/bumpiputera.

Saya mempunyai pra-sangka buruk atau persepsi negetif teradap kebanyakan rakyat Malaysia, yang pada saya tidak ramai yang membaca. Barangkali,kalau adapun yang membaca ini golongan masyarakat Tiong Hwa? dan kalau ada ang membacapun, tentu kebanyakaan bahan atau medium bacaanya berbeza?. Ini jelas saya lihat apabila saya melawat atau memasuki beberapa perpustakaan kita, terutamanya yang ada di Kota Kinabalu.

Apa yang jelas kebanyakaan yang berkunjung ke perpustakaan ini kebanyakannya sekadar ingin berehat atau mungkin ada janji temu dengan kawan-kawan atau setengahnya sekadar singgah membaca akhbar harian secara percuma atau untuk merehat dan menyejukkan diri, sambil bersantai di meja-meja tersusun dalam perpustakaan.Begitu juga halnya yang melayari dunia internet. Mereka gemar bermain "game" daripada mencari ilmu, dengan membaca bahan-bahan atau tajuk yang membawa banyak faedah.

Dalam pada itu, saya jua perhatikan kebanyakan bahan-bahan yang mereka baca adalah hal-hal berkaitan hiburan atau informasi-informasi 'ringan' yang bersifat ' makluman'. Kebanyakan pembaca ini agak jarang bahan-bahan yang mengundang untuk mereka berfikir dan memikirkan hal-hal tersebut secara ilmiah atau secara serius. Hal perkaitan undang-undang, perlembagaan,rukun negara,kontrak sosial,budaya, agama dan sebagainya

Lantaran itu,tidak keterlalun jika saya kategorikan mereka ini sebagai golongan "malas membaca" atau lebih tepat "malas berfikir". Persoalaannya - kenapa?

Sunday 21 June 2009

Gambar Khidmat Kaunseling Dan Kerjaya

Ketika Sdr. Jikran Mahmut [Ketua Unit Bimbingan & Latihan] memetik gambar para peserta program - Cikgu Adzrul Puddin yang juga Ketua Unit Khidmat Kaunseling & Kerjaya - berdiri sambil memerhati para petugas/fasilitator.





Sdr. Jupres Manang -Fasilitator Biro Pendidikan - yang juga Bendahari Biro Pendidikan sedang menemubual dan mencatat permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar sebelum kaunseling sebenar diberikan kepada para peserta.









Gambar bawah -Ketua Biro Pendidikan & Latihan yang juga AJK. UMNO Bhg. Sepanggar - Sdr. Laliman Hj. Ahmad - Sedang asyik menemubual para pelajar dan peserta Program Khidmat Kaunseling Dan Kerjaya - sebelum mereka dirujuk untuk mengikuti kursus dan latihan dipelbagai agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan.

Sunday 14 June 2009

Khidmat Kaunseling Kerjaya - Wajar Menyelusuri Bandar Dan Desa

Seperti yang saya paparkan minggu yang lalu, bahawa UMNO Bahagian P171 Sepangar, melalui Biro Pendidikan dan Latihannya adakan mengadakan program ’Khidmat Kaunseling Dan Kerjaya’ tahun 2009. Kini program tersebut telah berjaya dilaksanakan dan berlansung selama dua jam setengah [bermula 9.00 pagi hingga 11.30 pagi ini]. Program tersebut telah dikunjungi oleh hampir 100 orang yang ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan akedamik dan kerjaya. Hasilnya kami telah berjaya mendaftar seramai 52 orang peserta dalam pelbagai kategori. Antaranya adalah seperti berikut:

1. 20 orang- bagi program motivasi / seminar keibubapaan
2. 19 orang - program motivasi / teknik pembelajaran PMR/SPM
3. 13 orang - untuk program kemahiran dan latihan

Khidmat Kaunseling Dan Kerjaya yang bersifat bimbingan kaunseling bersemuka dan berkonsepkan perbincangan dua hala [berbincang dari hati ke hati - di antara fasilitator dan guru kaunseling dengan para pelajar serta belia lepasan sekolah ini] telah dikendalikan oleh 2 orang guru kauseling, 3 fasilitator, 3 graduan lepasan ijazah/ Diploma serta beberapa AJK. Biro Pendidikan.

Melalui Khidmat Kaunter-Kaunseling dan Kerjaya ini, para petugas yang mengendalikan program ini telah berjaya membongkar rashia tentang apakah bentuk-bentuk permasalahan pembelajaran anak-anak di peringkat akar umbi ini, terutama golongan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR/SPM bagi tahun 2009 ini. Di samping itu, program ini telah dapat mendaftar seramai 13 orang peserta yang memerlukan latihan kemahiran seperti kemahiran ICT, menjahit dan juga kursus kecantikan.

Di segi akedamik, para petugas pula telah berjaya membongkar masalah besar pelajar, yang hampir sebilangan besar mereka tidak tahu teknik pembelajaran serta tidak menyusun jadual waktu pembelajaran yang sempurna ketika mereka berada di rumah. Sementara para belia lepasan sekolah ini, tidak tahu tentang maklumat di mana seharusnya mereka mendaftar sebagai peserta kursus.

Secara sepintas lalu, kami dapat memahami bahawa kebanyakan para pelajar dan belia lepasan sekolah ini tidak mendapat pendedahan maklumat atau mempunyai informasi yang tepat berhubung peluang-peluang yan disediakan oleh kerajaan, akibat kurangnya kemahiran melayari internet atau laman web. Pendek kata mereka kurang pengetahuan berkaitan ICT. Meskipn mereka berada dalam bandar. Persoalannya-salah siapa? pelajar, ibubapa/ guru atau pemimpin? Inilah yang kita perlu selidiki dan gali, agar dalam keghairahan kita mengejar kemajuan dunia ICT, ramai rakyat kita pula yang tersisih akibat kekurangan maklumat.

Seperti yang kami nyatakan dalam paparan lalu, khidmat kaunseling bersemuka di kalangan para pelajar terutamanya golongan belia PMR dan SPM seumpama ini, akan membolehkan mendapat panduan bagaimanakah seharusnya menjadi seorang pelajar yang baik dan bermotivasi di samping dapat merancang bentuk kerjaya masa depan mereka.

Tapi mungkin ada yang bertanya, siapakah di kalangan kami dalam kumpulan ini?. Secara jujur kami menyatakan di sini bahawa kami bukanlah guru. Kami sama sekali tidak ada niat untuk memperkecilkan peranan guru atau mengambil tugas guru. Cuma ingin membantu pelajar-pelajar ketika mereka di luar sekolah.

Namun kami tegaskan di sini kami mempunyai pengalaman bertahun-tahun mengenai perkara ini atas nama guru-guru atau fasilitator sukarelawan sambilan. Ada di kalangan kami pernah membuat kelas tuysen percuma di rumah atau juga meminjam bilik darjah sekolah-sekolah kerajaan untuk tujuan ini. Ini bukanlah cerita kosong atau sekadar publisiti murahan.

Sekadar ingin berkongsi maklumat dan memori kenangan indah masa lampau, sebenarnya ada sebilangan daripada petugas sukarelawan ini telah memulakan tugas menjadi sukarelawan ini sejak tahun 1984 di Kota Kinabalu. Ketika itu kumpulan seumpama ini pernah digerakkan oleh seramai 12 orang guru sambilan / fasilitator pelbagai bidang kemahiran dan pengalaman.

Sebagai mengenang jasa mereka, izinkan saya untuk menyatakan di sini rasa penghargaan yang tidak terhingga terhadap jasa dan khidmat sukarelawan-sukarelewan seumpama ini, yang suatu ketika dulu pernah bertugas secara sukarela menjadi guru-guru kaunseling atau fasilitator. Antaranya ialah Allahyarham Dr.Datu Bandira Dt. Hj. Omar [ketika itu guru SMK. Tampaluri] Tuan Hj. Mentoh Aru [Usahawan/kontraktor], Cikgu Kalilah Ibrahim, Cikgu Ag.ku Ahmad [Pen. Kanan Guru Besar SK. Likas], Sdr. Ladim Hj. Abdul Rahman, Sdr. Razak Rakuman [kontraktor/usahawan], Sdr. Jikran Hj.Mahmut [seorang akauntan/peg.Bank] Cikgu Saudi Anjam [kini menjadi jurutera] Cik Inah Dahlan [Peg. Kerajaan], En. Jafar Hj. Mantamin serta En. Jumat Idris [Guru BI] dan kini menjadi salah seorang pemimpin Sabah yang memeang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian P171 Sepanggar.
Ketika kami memulakan Khidmat dan Kaunseling seumpama ini [1984] kami hanya berjaya ketika itu mendaftar seramai 8 orang [3 pelajar SRP/PMR, 3 pelajar SPM dan 2 Pelajar STP]. Namun melalui gerakan guru-guru sukarelawan seumpama ini, dalam tempuh 3 bulan kami mampu mengumpul seramai 286 pelajar sambilan yang terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan sekolah, terutama belia-belia lepasan SRP/SPM untuk dimasukkan dan didaftar semula sebagai pelajar persendirian.

Sebagai langkah berterusan, kumpulan tersebut telah berjaya mengumpul data secara berterusan pelajar. Dan melalui data yang ada inilah kami mengenal perihal permasalahan pelajar. Lantaran daripada dapatan [in-put] inilah kami memberikan tumpuhan serta perhatian dalam usaha kami membimbing pelajar-pelajar tersebut.

Alhamdullilah, selepas setahun kumpulan kami telah dapat menubuh 6 buah kelas [2 kelas SRP/PMR, 3 kelas SPM dan 1 kelas SPM. Lalu kami namakan kumpulan pelajar atau kelas kami ini sebagai Maktab Akedamik PEMBELA.[ malang maktab yang kami rancang ini tidak dapat didaftarkan ketika itu, kerana syarat ketat pihak birokrasi] di samping kebanyakan guru-guru ketika itu menyambungkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda dan Master [MA].

Seingatan saya, melalui peperiksaan yang mereka duduki [secara in-block] pada tahun 1984/85, pelajar-pelajar kami telah berjaya menjadi antara kumpulan pelajar terbaik di Sabah ketika itu dengan mencapai kelulusan 67.23% iaitu suatu keputusan yang agak memberansangkan berbanding keputusan sekolah-sekolah biasa ketika itu yang cuma mencapai peratusan purata sekitar 50-60% sahaja setiap tahun. Itulah perakuan dan maklumat yang disampaikan oleh mantan Penolong Pengarah Bhg.Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Sabah ketika itu.
Apakah kunci kejayaan tersebut. Jawapannya adalah melalui program ’Kaunseling Dan Kerjaya’ yang berterusan seumpama ini.

Bagaimana dan ke manakah pula para pelajar kami selepas itu? Saya hanya mampu tersenyum puas apabila mereka memanggil sebahagian kami sebagai ’guru’ ketika saya terserempak beberapa orang bekas pelajar kami ini di pelbagai agensi kerajaan–samada sebagai guru, pensyarah, pegawai kanan kerajaan, Jurutera, Peguam dan malahan ada beberapa orang mereka kini menjadi Ketua Jabatan di beberapa agensi swasta kini.

Lalu pengalaman dan kepuasan berbakti seumpama inilah yang kami [sebahagian yang ada dan masih ingin menyumbang bakti ini] ingin kami kongsi dan terjemahankan melalui ’Khidmat-kaunseling dan Kerjaya’ ini, untuk membantu para pelajar ini [khususnya anak-anak golongan miskin ini] agar mereka dapat dibantu dan ditangani secara bersepadu. Mudah-mudahan usaha murni kami secara sukarela mendapat sokongan semua pihak yang berkaitan.

Oleh itu selaras dengan saranan sdr. Depu-Depu dari Semporna yang mencadangkan agar program seumpama ini diperluaskan ke kampung-kampung dan desa, maka saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyarakan agar semua Biro Pendidikan dan Latiann UMNO serta Parti-Parti kompenan Barisan Nasional yang ada mengambil langkah serupa agar kita dapat mendekati masyarakat akar umbi dan memahami masalah yang mereka hadapi serta dapat mengambil langkah untuk membantu mereka mengikut saluran betul.
Jika tahun 80,an kemudahan fasarana pendidikan kita begitu daif dan tiada kemudahan ICT, tetapi mampu melaksanakan program seumpama ini-mengapa tidak sekarang? Kata pepatah ” Tepuk dada tanya selera. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Yakinlah dan percayalah, jika niat kita betul dan murni, Insya Allah! Usaha kita itu akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t

Wednesday 10 June 2009

Wajarkah?

Wajarkah para pemimpin kita memaksa rakyat menerima apa yang mereka mahukan? Inilah persoalan yang dilontarkan atau sedang diperkatakan oleh masyarakat bawahan sekarang ini.

Samada disedari atau tidak, samada mahu ingin menyedarinya atau tidak ialah terdapat sikap di kalangan sesetangah para pemimpin [khususnya pemimpin parti] untuk memaksa rakyat atau orang lain untuk menerima pendapat atau apa yang mereka inginkan dan bukan apa yang rakyat inginkan.

Apabila rakyat membuat respond atau cuba mengutarakan pandangan mereka, para pemimpin ini akan cuba mempertahankan apa yang mereka mahu dan bukan apa yang rakyat mahu. Inilah delima yang dihadapi oleh rakyat juga oleh sebahagian ahli ahli parti. Kesannya ialah ahli-ahli parti yang setia kepada parti, mereka mengambil sikap berdiam. Tapi bagi ahli parti yang sensitif dan tidak ingin mengikut telunjuk, mereka akan menentang. Atau lebih drastik, mereka akan keluar parti dan menentang idea tersebut dari luar dan secara berdepan.
Oleh itu, secara peribadi saya kagum dan terharu dengan sikap YAB. Tan Sri Mahyuddin Yassin - Timbalan Perdana Menteri Malaysia kerana secara terbuka berani meminta pandangan dan pendapat rakyat berkaitan soal-soal pembelajaran, terutamanya berkaitan dengan wajib lulusan Bahasa Inggeris di peringkat SPM. Sebagai rakyat saya wajar berterima kasih kepada pucuk pimpinan negara kerana diberi ruang untuk mengutarakan pendapat berkaitan dasar-dasar penting negara, terutama yang melibatkan kepentingan rakyat secara menyeluluh.

Namun begitu, saya juga berpendapat kerajaan dan para pemimpin di semua peringkat - samada peringkat Negara, Negeri, Bahagian, Daerah mahupun di peringkat kampung, sikap keterbukaan seumpama ini harus juga dipraktikkan dengan meminta rakyat bawahan menyatakan pendapat mereka sejauhmana kebaikan dan keburukan sesuatu dasar yang cuba dilaksanakan oleh para pemimpin tersebut. Dengan berbuat demikian, maka semua pihak, terutamanya rakyat akan dapat berkongsi pendapat, rasa dan kegembiraan mereka apabila pendapat mereka ini diambil kira [walaupun tidak kepada semua perkara atau hal negara].
Bagi rakyat, sebenarnya apa yang mereka inginkan ialah kesejehteraan hidup, keamanan, ketenteraman serta keselesaan hidup.
Namun bagaimanakah keselesaan ini boleh wujud atau diperolehi? Jawapannya mudah [namun sukar dilaksanakan] iaitu dengan meningkatkan pendapatan hidup rakyat, dengan memberikan mereka peluang pendidikan [akedamik, kemahiran, keusahawanan dan peluang-peluang pekerjaan] secara berterusan bukan sahaja di peringkat bandar tetapi juga di desa. Sama diperingkat kerajaan mahupun swasta di samping mengujudkan usahawan-usahan kecil kampung secara bersepadu.
Selain soal ekonomi, juga rakyat berkehendakkan agar kehidupan mereka ketenteraman dan keamanan. Disamping itu, rakyat juga mahukan kemudahan dan keselesaan hidup dan dapat mengikut perkembangan dunia dan bukan sebaliknya.

Soalnya, adakah semua pasarana dan orgnisasi untuk melaksanakan impian rakyat ini telah ujud? Jawapannya- ya. Sudah ujud. Samada di sektor awam atau di sektor swasta, samada di sektor kerajaan mahupun parti [khususnya parti pemerintah] semua yang telah di sebut di atas telahpun tersedia. Cuma masalahnya ialah sikap orang pemimpin dan orang yang menggerak atau orang yang diberikan tanggung jawab untuk melaksanakannya.

Di sektor kerajaan, telah ada jentera pengerak. Pegawai-pegawai, penyelia, pengurus, pengarah dan sebagainya, telahpun dilantik. Malahan telahpun ada pegawai-pegawai di beberapa sektor dan organisasi ini yang berkhidmat bertahun-tahun lamanya. Mereka terdiri dari kalangan orang yang pakar dan berwibawa. Mereka ada memahiran, mereka ada kepakaran, mereka ada bakat [talent], mereka ada pengalaman, mereka ada kebolehan dan keupayaan.

Tetapi mengapa sebahagian organisasi dan jentera ini sukarkan digerakkan bagi melaksanakan kehendak dan impin rakyat? Jawapannya- ialah mereka kekurangan semangat dan motivasi untuk berkerja. Mereka kadang tidak dapat melihat pandangan cahaya di hujung sana, akibat beberapa halangan dan gangguan yang ujud yang dibuat oleh kalangan sesetengah pemimpin. Para pegawai dan pengerak ini kadangkala mereka terasa semacam tidak dipercayai atau dicurigai. Inilah sebahagian perkara yang membantutkan atau menjadi gendala terhadap usaha murni kerajaan ini.

Apakah perkara yang perlu dibuat? Pada saya ialah keyakinan dan kepercayaan. Berikan mereka [para pegawai dan pengerak organisasi ini] ruang dan peluang untuk mereka melaksanakan atau merealisasikan apa yang telah dirancang untuk kepentingan rakyat. Gunakan pengalaman dan bakat mereka. Tapi janganlah paksa mereka. Gunakanlah kepakaran mereka, tapi jangan perkuda mereka. Mintalah pendapat atau bantuan daripada mereka. Tapi jangan peralatkan mereka. Yakinilah keikhlasan mereka berkerja, janganlah ragui kejujuran mereka.

Para pemimpin boleh sahaja mengutara pendapat dan kehendak mereka. Tapi jangan memaksa pendapat mereka untuk diterima oleh para rakyat atau orang lain. Sikap pemimpin yang suka memaksa untuk rakyat menerima pendapat mereka, menyebabkan rakyat jadi bosan dan malas untuk berkerja atau melaksanakan apa yang sepatutnya dilaksanakan. Lebih daripada itu, rakyat kadangkala memberontak jika mereka dipaksa dan didesak.

Rakyat tidak memerlukan idea yang tinggi-tinggi, memadai apa yang rakyat fahami. Rakyat tidak memerlukan bangunan yang-tinggi-tinggi, memadai pendapatan keluarga dan pendidikan anak-anak mereka yang tinggi. Rakyat tidak memerlu teori-teori yang tinggi dan canggih, memadai mendapat informasi dan memahami asas ilmu ICT. Rakyat tidak memerlu jambatan dan jalan yang panjang-panjang. Memadai keamanan dan kesejehteraan yang berpanjangan.

Oleh itu para pemimpin kita boleh sahaja berangan-angan atau bercita-cita tinggi, tapi jangan tidak mengenang budi. Pemimpin boleh sahaja untuk berjawatan besar, tapi jangan sehingga memaksa orang lain [rakyat] untuk menerima apa yang mereka mahu, semata-mata untuk mencapai agenda peribadi mereka.

Para pemimpin boleh saja bercita-cita untuk jadi jutawan, tapi buangkan sikap kerakusan. Mereka boleh bercita-cita untuk jadi apa sahaja, tapi jangan jadikan rakyat atau orang lain sekadar batu loncatan. Mereka boleh rebut peluang apa sahaja [apa lagi ini negera bebas dan demokrasi] tapi jangan sampai rakyat ketinggalan dan diketepikan.

Untuk jadi pemimpin besar, tidak perlu orang memaksa rakyat menerima apa yang pemimpin mahukan, tapi memadai berikanlah apa yang rakyat mahukan. Jadilah pemimpin yang disanjungi rakyat, bukan yang dibenci rakyat. Gunakan ilmu dan bakat kepemimpinan untuk memimpin, tapi jangan gunakan bakat dan kebolehan memimpin untuk membunuh harapan rakyat yang dipimpin.

Jadilah pemimpin demi kepentingan ’Bangsa, Agama dan Negara’ BUKAN kepentingan rakan dan taulan atau politik bagi memperkukuhkan rangkaian anda. Jadilah pemimpin niat kerana Allah atau Tuhan yang Maha Esa, bukan kerana rakan setia. Jadilah pemimpin yang disegani, bukan sekadar yang dituruti.

Wallahuallam!

Sunday 31 May 2009

Khidmat Kaunseling Dan Kerjaya

Kota Kinabalu: UMNO Bahagian P171 Sepanggar, melalui Biro Pendidikan dan Latihannya akan mengadakan program ’Khidmat Kaunter-Kaunseling dan Kerjaya’ sepanjang tahun 2009 bermula awal Jun ini. Program yang berlangsung selama 2 jam, bermula 9.30 pagi hingga 11.30 pagi ini, akan diadakan pada setiap hari Sabtu.

Ketua UMNO Bahagian P.171 Sepanggar ketika ditemui memberitahu bahawa Program Khidmat Kaunter - Kaunseling dan Kerajaya ini, diadakan bertujuan untuk mendekati akar umbi dalam usaha Biro Pendidikan mengali dan membongkar permasalahan pembelajaran anak-anak di peringkat akar umbi, terutama di kalangan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2009 ini.

Perkhidmatan Kaunter yang bersifat bimbingan kaunseling bersemuka dan berkonsepkan perbincangan dua hala dari hati ke hati ini, akan dikendalikan oleh sekumpulan fasilitator dan guru-guru kauseling yang berpengalaman dari pelbagai peringkat. Sebagai permulaan, program ini akan dilaksanakan 6 Jun, 2009 bertempat di Sekolah Agama Islam [SUI] Likas, bermula jam 9.30 pagi hingga jam 11.30 pagi zon Likas. Program ini, jika mendapat sambutan positif, akan diperluaskan di beberapa zon seperti Inanam, Menggatal,Telipok,Karambunai dan Taman Kigfisher.

”Dengan adanya khidmat kaunseling bersemuka seumpama ini, para pelajar terutamanya golongan belia lepasan PMR,SPM atau STPM yang bakal menduduki peperiksaan secara persendirian, akan dapat memahami konsep pembelajaran serta dapat merancang bagaimana seharusnya menjadi seorang pelajar yang baik dan bermotivasi di samping dapat merancang bentuk kerjaya masa depan mereka” tambah beliau.

” Kita mempunyai pengalaman bertahun-tahun mengenai perkara ini. Namun begitu kita belum cukup memahami dan mengenali tentang apakah hakikat sebenarnya bentuk permasalahan pembelajaran dan kerjaya belia-belia kita di peringkat akar umbi ini”.

Oleh itu, langkah mengadakan program seumpama ini adalah selaras dengan aspirasi kepimpinan UMNO Bahagian Sepanggar, yang ingin meneliti dan menyelami apakah bentuk permasalahan sebenar ahli-ahli di peringkat akar umbi terutama gologan generasi muda. Perkara ini adalah selaras dengan Perkara:3 dan Perkara:6 dalam Teras 10 utama perjuangan UMNO Sepanggar, iaitu bagi ”Mendepani Minda Rakyat” serta ”Membangunkan Modal Insan” seperti mana yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan negara..

”Namun perlu ditegaskan di sini bahawa tugas Biro Pendidikan bukannya untuk mendidik mereka [para pelajar] atau mengambil alih tugas dan peranan guru-guru di sekolah. Tetapi sebaliknya untuk mengetahui apakah bentuk permasalahan sebenar yang mereka hadapi”.

Tegas beliau, hanya dengan memahami bentuk dan puncak permasalahan ini para belia atau pelajar, maka akan mudah bagi kepimpinan UMNO Bahagian mengambil langkah-langkah tertenu dalam membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar atau belia ini.

Selain daripada itu, Biro Pendidikan dan Latihan ini juga akan mengumpul data para belia lepasan sekolah terutama belia-belia lepasan SPM dan STPM di kawasan Parlimen Sepangar ini, untuk dimasukkan dalam Pengkalan Data [data base] yang akan dikendalikan oleh Unit Penyelidikan dan Pengkalan Data Biro Pendidikan Bahagian. Dengan adanya pengkalan data ini, akan memudahkan pucuk pimpinan UMNO Bahagian melaksanakan program dalam usaha membantu golongan para belia serta golongan yang memerlukan untuk mendapat bimbingan dan latihan kemahiran melalui sektor-sektor tertentu seperti pembangunan keusahawanan, ICT, bengkel kemahiran dan sebagainya.

”Penerokaan dan pengumpulan data secara berterusan ini, juga akan dilaksanakan sepanjang tahun terutama selepas habis peperiksaan PMR/SPM kerana di musim inilah kita akan dapat mengenal pasti bilangan pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah yang tercicir dan perlu mendapat pembelaan sewajar. Kita berharap usaha Biro ini mengumpul data para belia, akan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak agensi-agensi kerajaan terutamanya Jabatan Pelajaran Sabah melalui Pejabat Pelajaran Bahagian”.

Oleh itu tambah beliau, UMNO Sepanggar melalui Biro Pendidikan dan Latihannya mempelawa dan mengalu-alukan penyertaan dan kehadiran ibu-bapa yang mempuyai anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM atau STPM tahun ini atau anak-anak lepasan SPM/STPM yang masih menganggur, supaya menghubungi dan mendaftar anak-anak meraka menyertai khidmat kaunter ’Kaunseling Dan Kerjaya’ ini, bagi memudahkan Biro Pendidikan membantu menyalurkan permasalahan pembelajaran anak-anak mereka kepada pihak tertentu, terutamanya agensi-agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Ibubapa serta anak-anak yang ingin menyertai program ini dijemput hadir ke tempat-tempat yang dinyatakan di atas atau boleh mendaftarkan anak-anak mereka melalui urusetia: Laliman Hj. Ahmad [ Ketua Biro] Hp. 016-8047876 atau Encik Adzrul Puddin [hp:016-5853576] atau En.Jikran Mahmut [hp:019-5328308] atau melayari laman blog: http://www.matanam.blogspot.com/.

Wednesday 13 May 2009

Pembangunan Modal Insan - Di mana silapnya?

Kemelut politik Malaysia khususnya di Perak,  menggingatkan saya kembali kepada beberapa ucapan penting pemimpin negara terutamanya Y.A.Bhg.Tun Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. Y.A.Bhg Tun M pernah menyatakan suatu ketika dulu bahawa:-

“…Kualiti Sumber Manusia merupakan asset utama dan penyumbang terbesar kepada pembangunan negara. Pengalaman Negara perindustrian baru telah membuktikan kenyataan ini. Walaupun mereka mengalami kekurangan sumber semulajadi, tetapi dengan penggunaan secara optimum sumber manusia,  mereka telah mencapai kejayaan cemerlang. Pembangunan Sumber Manusia telah muncul sebagai penentu utama bagi pertumbuhan ekonomi yang mapan seterusnya peningkatan kualiti hidup".

Tegas Y.A.Bhg. Tun M lagi bahawa “ Adanya kualiti sumber manusia yang sesuai akan membolehkan sesebuah Negara mengalami tranformasi ekonomi daripada yang berasaskan pertanian kepada ekonomi perindustrian yang berjaya. Kualiti Sumber Manusia bukan saja merujuk kepada tahap pendidikan dan kemahiran tetapi juga nilai-nilai etika yang baik membolehkan penggunaan kemahiran secara maksimum. Untuk memainkan peranan penting dalam perdagangan antarabangsa, tenaga kerja kita perlulah bermotivasi tinggi bagi menggunakan kelebihan diri dan kualiti moral untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa".

Di samping itu Y.A.Bhg. Tun Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi – mantan Perdana Menteri ke-5 juga pernah berkata di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-6 (MAPPA.VI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 20hb. Januari, 2005) bahawa "pembangunan modal insan menjadi suatu keutamaan dalam RMK.9. Oleh kerana itu kerajaan mengambil keputusan untuk menggerakkan penghidupan nilai baik, berbudi bahasa... bukan pandai bodoh sombong, ada yang ada idea tak nak kongsi, cemburu, depan tak cakap, belakang mengata". 

Dari kedua-dua pernyataan di atas cukup jelas bahawa pembangunan sumber manusia bukan sahaja merujuk kepada tahap pendidikan dan kemahiran tetapi juga nilai-nilai etika yang baik dan berkualiti, di semua peringkat, khususnya di kalangan para pemimpin, pelajar, belia dan sebagainya sebagai Modal Insan yang berdaya maju bagi membantu melahirkan sebuah masyarakat atau kerajaan serta orgnisasi yang baik dan cemerlang bagi merealisasikan gagasan dan Wawasan 2020 Negara.

Namun dengan suasana dan kemelut sosial, ekonmi dan politik yang berpanjangan ini, hati saya tertanya-tanya di manakah silapnya usaha kita membina modal insan selama ini- sehingga kita melahirkan suatu  masyarakat atau generasi 'babruk'?. Adakah agensi-agensi pelaksana latihan seperti BTN, KEMAS, JAKSA, JAKIM dan lain-lain lagi gagal memahami dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat khususnya di kalangan generasi muda kita seperti mana yang diharapkan oleh pemerintah atau negara? Atau sistem pendidikan kita yang salah...?

Tuesday 28 April 2009

Belia Tercorot - Masihkah Pemimpin Kita Bertelagah?

Saya agak terperanjat setelah membaca majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. keluaran April, 2009 lalu. Mengikut maklumat, kajian oleh Kesatuan Perguruan - terdapat 2.66% pelajar daripada 70 sekolah menengah dan 4.87 % daripada 143 buah sekolah rendah masih buta huruf. Ini bermakna daripada 213 sekolah di negara ini masih mempunyai sejumlah 5,654 orang pelajar buta huruf. Hal ini terjadi kerana remaja atau belia sudah tidak berminat terhadap pelajaran’.

Menurut perangkaan polis pula sehingga Mei, 2005 daripada 1048 pelajar yang ditahan, 605 terlibat dengan kegiatan jenayah. Statastik Yayasan Pencegahan Jenayah Negara pula menunjukkan bahawa daripada 4,674 tahanan pelajar, 2,377 pelajar ponteng sekolah. - [ Sumber: Dewan Masyarakat: April,2009, ms.56 ]


Ternyata, statastik ini hanya melibatkan sebanyak 213 buah sekolah. Jika kajian ini tepat dan dapat dipertahankan, bagaimana dan berapakah pula bilangannya [pelajar buta huruf] jika sekiranya ruang lingkup kajian tersebut dibuat dan diperluas meliputi seluruh sekolah di negara ini?


Saya teringat suatu ketika dahulu, bagaimana sebuah sekolah rendah di sebuah Pulau di daerah Kota Belud yang dikatakan kesemua pelajarnya yang mengambil peperiksaan UPSR. gagal?. Hati saya menjadi sayu dan bertanya . "apakah yang terjadi? Adakah guru-guru kita dah mula malas mengajar. Atau adakah sistem pembelajaran kita yang kurang sempurna. Atau beban guru terlalu banyak sehingga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugas mengajar?.

Namun, apa jua alasan yang diberikan, ternyata pelajar-pelajar yang terlibat ini [buta huruf ini] adalah tidak lain dan tidak bukan, mereka adalah pelajar bumiputera anak-anak warga Malaysia, yang diharapkan akan bakal menjadi pemimpin bagi menggalas harapan dan tugas negara di masa akan datang terutama selepas tahun 2020. Dengan keadaan di atas, mampukah mereka menjadi pemimpin yang baik di masa depan?. Bolehkah kita meletakkan harapan dan memberikan tugas kepada mereka yang ternyata buta huruf?.

Saya teringat kepada hadith Rasulllah s.a.w yang bermaksud ” Jika kita hendak lihat bagaimana bentuk dan corak pemerintahan negara pada 10 tahun akan datang, maka lihatlah [ apakah bentuk ] pemudanya hari ”.

Jika masalah ini tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh dan penuh keazaman, masalah ia bukan sahaja akan menggugat terhadap proses pembangunan Modal Insan Negara, tetapi juga akan menjadi masalah kronik kepada Negara khasnya kepada kerajaan di masa hadapan dan sekaligus membantutkan hasrat dan harapan kita untuk mencapai Negara Maju menjelang tahun 2020..

Jika demikian, siapakah yang harus di persalahkan? Adakah ibubapa, pemimpin masyarakat, agensi-agensi berkaitan terutamanaya Kementerian Pelajaran, sekaligus parti UMNO selaku tulang belakang pemerintahan Barisan Nasional [BN] di Negara ini?.

Saya kira inilah cabaran yang bakal mendepani YAB. Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Mahyuddin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang baru.


Monday 6 April 2009

Kabinet Baru PM - Mengalas Harapan Rakyat?.

Seperti yang saya nyatakan beberapa hari lalu bahawa hari ini adalah 'satu penantian yang penuh debaran'. Debaran kerana ingin mendengar dan melihat siapakah di kalangan pemimpin kita khususnya daripada kalangan Ahli Majlis Tertinggi [AMT.] UMNO baru yang bakal menyertai dan membarisi jemaah kabinet baru PM?
Teka-teki dari di kalangan rakyat Malaysia kian memuncak. YAB. PM. bukanlah pemimpin baru dalam negera ini. Beliau mantan Menteri Besar Pahang, Mantan Ketua Pemuda Malaysia, mantan Naib Presiden UMNO dan juga adalah anak kepada Perdana Menteri Malaysia [Allahyarhman Tun Abdul Razak]. Sebagai pemimpin yang begitu matang dan cukup masak terhadap politik Malaysia, tentu sekali gambaran telah terpahat dibenak fikiran YAB. PM bagaimana seharusnya bentuk kepimpinan dan saiz kabinet baru beliau ini.
Saya percaya dan yakin beliau akan meletak satu barisan kepimpinan yang mampan dan dapat diharapkan oleh rakyat untuk memberikan impak yang berkesan terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat masa kini.
Selain daripada memikirkan tentang permasalahan rakyat di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, khususnya negeri-negeri besar dan maju seperti Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan yang kini telah jatuh kepada parti-parti Pembangkang Pakatan Rakyat [PR], juga harus memikirkan masalah dan kemelut rakyat Malaysia di Sabah yang pada saya juga turut menjadi perhatian pihak pembangkang dalam pilihan raya ke 13 [PRU13] nanti.
Kepimpinan BN di negeri ini, walaupun dilihat begitu stabil dan kukuh, namun tidak bermakna tiada riak yang bakal melanda. Gelombang kebangkitan parti-parti pembangkang di Sabah, khususnya yang berasas ' Sabah Based Party' yang kini diterajui oleh Parti SAPP mula mendapat perhatian rakyat yang merasakan diri mereka tidak terbela dalam BN. khususnya dalam UMNO.
Oleh yang demikian membariskan dalam kabinet baru PM. sebahagian daripada golongan pemimpin [UMNO] dari Sabah, khususnya dari kalangan mereka yang ternyata mempunyai karisma dan mampu mengalas harapan rakyat Malaysia di Sabah ini [walaupun saya kira mereka bukan dari kalangan AMT. baru UMNO], pada saya juga perlu diambil perhatian. Ini penting kerana ia bukan sahaja mampu menunaikan tanggung jawab mereka untuk membantu membangunkan negeri ini bersama-sama barisan kabinet negeri Sabah yang ada, tetapi juga dijangka mampu mengekalkan kuasa pemerintahan BN. di negeri ini dalam PRU13 nanti.
Rakyat Malaysia di negara ini, khususnya yang ada di Sabah, kini menanti dengan penuh debaran pengumuman barisan kabinet baru YAB. PM. dengan doa dan harapan barisan kabinet ini nanti akan menjadi jambatan abadi penghubung dan penyatu buat rakyat Malaysia di Semenanjung dan Sabah. Insya Allah!

Thursday 2 April 2009

HARAPAN RAKYAT KEPADA PM. BARU

Insya Allah! esok debaran hati rakyat menanti kemunculan YAB. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO yang baru untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.
Harapan rakyat Malaysia tergalas penuh dibahu beliau. Selepas itu, rakyat pula dijangka sekali lagi akan menanti dengan penuh debaran untuk melihat barisan kabinet yang baru yang dijangka [seperti kelazimnya] akan berlaku rombakan.
Penantian yang tampak penuh debaran ini, sekali lagi kita mencongak siapakah di antara pemimpin yang bakal turun dan siapakah pula yang bakal naik pangkat menjadi Pak Menteri, Timbalan atau Setiausaha Parlimen? Pasti ia mendebarkan. Ini kerana berkemungkinan seseorang yang bukan ahli Parlimen [barangkali orang yang diluar jangkaan kita] akan masuk jadi Pak Menteri. Siapa tahu? Seseorang yang bukan ahli Parlimen, boleh dilantik senator dan kemudian dilantik jadi Pak Menteri!.
Adakah juga gesaan dan permintaan rakyat Malaysia di Sabah yang ingin agar qouta seorang menteri kabinet pusat dari Sabah akan termakbul dan menjadi kenyataan? Sekali lagi kita menantinya dengan penuh debaran. Bagaimanapun yang jelas, sesiapa sahaja yang jadi Pak Menteri atau Timbalannya, yang pasti tugas berat menyatupadukan rakyat dan menangani kegawatan ekonomi yang melanda dunia dan Malaysia khususnya menanti mereka. Itu yang past!.

Wednesday 1 April 2009

ICT - DESA DAN KOTA-DI MANA ORANG KITA?

Pagi ini pengacara TV3 membuat komentar dengan pendengar luar berkaitan dengan ilmu ICT. Pengacara berdua, bertanya pendengar/pemanggil - sejauhmana mereka [pemanggil] memahami dan mengetahui ilmu dunia ICT?
Terdapat pemanggil yang cukup berpengalaman. Beliau menerangkan dengan begitu ghairah bagaimana beliau begitu rapat kepada ilmu, perkembangan dan kemajuan dunia ICT di negara ini. Dengan usia beliau yang dahpun meningkat 60 tahun, beliau mampu menyelesaikan segala urusan dan kerja-kerja peribadi tanpa perlu bergerak ke sana dan ke sini - untuk membuat urusan kerja harian seperti membayar bil, bayaran ke bank dan sebagainya. Beliau menggunakan segala kemudahan ICT. terutamnya internet dan blog beliau untuk membuat pesanan dan urusan dengan dunia luar termasuk juga anak-anak dan keluarga beliau. Pendek kata dengan maklumat di hujung jari beliau telah mampu berinteraksi dengan dunia luar melalui pengunaan segala kemudahan ICT di negara ini semaksimanya. Menurut pemanggil lagi, kini beliau telahpun memilik laman web sendiri dan meniklankan hasil-hasil ladangpun beliau melalui laman web yang beliau cipta.
Saya yang sedang menikamati sarapan pagi dengan secangkir teh o panas dan ubi rebus terpesona dengan kemajuan ICT yang kini telah dicapai oleh negara kita. Satu pujian patut diberikan kepada para pemimpin negara, terutama kepada Tun M, mantan Perdana Menteri kita yang pada saya begitu perihatin tentang perkembangan dunia ICT di negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri, sehingga Malaysia mampu menujudkan bandar CYBERJAYA Malaysia di Putrajaya, sekaligus ujudnya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Kemajuan sains dan teknologi di negara kita kini, membolehkan kita dapat menerokai dunia angkasa.
Saya bertambah ghairah. Saya mula memikirkan alangkah baik jika produk-produk pertanian, belacan, kuih tradisional dan sebagainya keluaran masyarakat desa, dapat dipamerkan dan diiklan melalui internet atau laman web para petani dan nelayan. Sebagai anak petani, saya juga mula berangan-angan untuk balik ke kampung mengusahakan tanah sekengkang kera milik keluarga. Barangkali ayam itek mampu dipelihara. Produk telur masin harganya lumayan juga.
Namun keghairahan saya itu tiba-tiba terpadam bilamana memikirkan dan menyedari bahawa di kampung, apa lagi ilmu ICT mampu di terokai oleh para pak tani dan nelayan kita di desa sana, sedang pemancar talian internet atau talipon di kampung pun susah nak jumpa. Kalau adapun, jauhnya di bandar tak mampu menyebarkan dunia mayanya ke kawasan desa. Terfikir juga, bagaiman rakyat desa nak mampu memilik laman web dan blog sendiri? Sedang di desa tiada kemudahan talipon atau internetnya. Di samping itu, terfikir juga apakan nak memiliki Laptopnya, sedang nafkah harian sendiri pun belum mencukupi?. Ekonomi tak berkembang. Pasaran produk tiada ruang. Nak jual hasil pertanian sekilo dua ke pekan, perlu tambang. Tambang kenderaan pula lebih mahal. daripada harga atau hasil jualan barang?
Demikian terasanya jurang antara desa dan kota. Ia semakin jauh terpisah. Kerana itu ramai golongan terpelajar lari dan berhijrah ke kota. Di desa tiada kemudahan dan tiada apa-apa. Kita, juga pemimpin terutamanya perlu memikirkannya, agar jurang ilmu ICT antara masyarakat desa dan kota tidak berbeza. Bina insan dan minda sekali lagi perlu jadi fokus utama. Para ibu bapa, abang dan kakak, yang tak sempat bersekolah menengah, kolej atau universiti, boleh belajar dan diajar tentang ilmu ICT melalui kursus bimbingan dan latihan ICT kendalian pejabat-pejabat Wakil Rakyat UPKR daerah dengan kerjasama agensi kerajaan dan juga swasta.
Laburlah sedikit peruntukan khas YB.Wakil-Wakil Rakyat kita yang ada itu untuk membiayai latihan tersebut demi kepentingan masyarakat di kawasan desa. Dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja dapat membina dan melahirkan rakyat Malaysia yang berinformasi dan bermaklumat, tetapi juga dapat melahirkan rakyat atau masyarakat yang mengenali dan berinteraksi dengan dunia antarabangsa. Insya Allah!

Pengorbanan Yang Tidak Berbaloi!

Pagi ini saya turun ke Kota Kinabalu kerana kawan lama dari Lahad Datu ingin berjumpa dengan saya bagi mendapatkan pandangan atau nasihat mengenai satu urusan berkaitan dengan kerjaan. Barangkali kerana pengalaman saya berkhidmat dengan kerajaan selama lebih 20 tahun, membuat beliau ingin mendapat nasihat daripada saya - walaupun hal ini sebenarnya boleh diadukan kepada orang lain.
Kami berjumpa sambil minum teh tarik panas. Setelah meneliti dokumen tersebut yang beliau bawa, saya agak terkejut bila mana mendapati bahawa sebenarnya arwah ayah beliau ini telah mendermakan satu kawasan tanah milik keluarganya yang dianggarkan seluas 10 ekar untuk dijadikan tapak sekolah menengah pada tahun 1984, tanpa meminta apa-apa bayaran daripada kerajaan, khususnya darpada Jabatan Pendidikan. Dikatakan ayah beliau tidak meminta pampasan kerana ingin membantu kerajaan bagi mendirikan sebuah sekolah menengah di kawasan tersebut [kampung beliau] untuk kepentingan pendidikan masyarakat atau anak bangsa di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun arwah ayah beliau [setelah dinasihatkan oleh teman-teman dan keluarga] cuma meminta agar kantin di sekolah tersebut dikendalikan oleh beliau sekeluarga. Pada saya kesanggupan ayah beliau untuk menyerahkan tanah milik keluarga seluas hampir 10 ekar ini merupakan suatu tindakan yang cukup murni dan terpuji. Amat jarang kita dengar orang berkorban [ mendermakan harta milik peribadi] semahal itu untuk kepentingan umum. Tapi ayah beliau sanggup berbuat demikian, demi kepentingan pendidikan anak bangsa di tempat beliau.
Bagaimanpun menurut kawan saya, baru-baru ini keluarga diberitahu bahawa kantin yang beliau sekeluarga kendalikan/ usahakan di sekolah tersebut akan ditarik oleh pihak berkuasa dan beliau diminta untuk menyertai tender jika berminat untuk mengusahakan kantin tersebut.
Mendengar penjelasan tersebut, saya termenung panjang. Hati saya bertanya...berapakah agaknya nilai tanah ini sekarang? jika ayah/ keluarga ini menjualnya atau meminta pampasan pada kerajaan, agaknya berapakah yang kerajaan perlu bayar kepada keluarga ini?
Walaupun pada dasarnya kerajaan boleh mengambil tanah milik perbadi individu untuk tujuan kemudahan-kemuahan awam [umpamanya; membina sekolah, mesjid dan sebagainya] namun yang pasti kerajaan tidak akan mengambilnya secara percuma. Kebisaannnya sejumlah pampasan akan dibayar kepada pemilik tanah tersebut. Jikalah tanah ini sekarang seekar harganya RM:20,000. maka mereka dapat pampasan RM:200,000. Dan jika RM:200,000 seekar... bermakna keluarga ini patut dibayar 2 juta? Wah!!! lumayan.
Namun setelah keluarga ini berkorban dan tidak menuntut pampasan tanah yang diberikan/ diambil oleh kerajaan dan mereka sekadar ingin mengendalikan kantin sahaja...patutkah kantin yang dikendalikan oleh keluarga beliau ini di tarik balik..?
Maka atas permintaan beliau, saya menasihatkan agar beliau menulis surat kepada pihak berkuasa, khasnya kepada YB. Menteri berkenaan, memohon pertimbangan agar kantin yang beliau kendalikan ini janganlah ditarik balik. Saya berharap dan turut mendoakan agar permintaan kawan saya untuk kekal sebagai pengendali kantin di sekolah tersebut akan berjaya. Insyallah!

Monday 30 March 2009

PERTEMUAN YANG MENGGANGU FIKIRAN

Fikiran saya sekali lagi terganggu. Saat saya melangkah mencari restoran untuk menghirup secangkir teh tarik panas di sekitar bangunan Wawasan Plaza, Kota Kinabalu, tiba-tiba saya terserempak dengan seorang teman lama [bergelar Datuk] yang juga salah seorang mantan Menteri Kabinet Kerajaan Negeri Sabah sewaktu dulu. Pertemuan yang berlaku secara kebetulan ini membawa kami duduk bersembang hampir 2 jam di restoran berhampiran bangunan MAA.
Bila orang politik berjumpa dengan orang penulis [seperti kami ni], banyaklah perkara yang disentuh berkaitan politik semasa. Ini termasuklah prihal keputusan pemilihan barisan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur pada 26-28 Mac, lalu.
Datuk ni bertanya kepada saya; " apakah pandangan saya terhadap keputusan pemilihan AMT. UMNO yang baru ini?". Secara spontan saya menjawab "bagus". Bagus kerana ia mengambarkan satu shaf atau barisan kepimpinan yang agak baik dan mantap serta boleh diharapkan untuk membawa kepada suatu perubahan positif terhadap kemajuan dan pembangunan di negara ini, khususnya di Sabah untuk masa hadapan.
Sekali lagi beliau bertanya saya " Apakah barisan [AMT] ini memungkin akan membawa kesan positif kepada suasana politik dan pembangunan ekonomi Sabah?". Saya kata " Kita tunggu dan lihat". Kerana pada saya yang penting bukan perubahan orangnya [AMT] tetapi perubahan dasar dan perancangan yang bakal dilaksanakan oleh barisan kepimpinan baru ini.
Jawapan-jawapan yang saya lontarkan ini, seolah-olah telah menarik perhatian Datuk [teman lama saya ini] untuk kami terus berbual. Tanpa disedari kami dahpun menghabiskan dua gelas teh tarik panas setiap seorang dan dua pinggan pisang goreng panas.
Apakah yang menarik untuk kami perbualkan? Ternyata perbincangan kami telah berkisar kepada bagaimana cara atau kaedah untuk melaksana program berkaitan pembangunan minda / insan dalam masyarakat kita. Ternyata kami sependapat bahawa perlu ada platform sebagai agensi pelaksana - samada di dalam atau di luar kerajaan.
Datuk kata politik Sabah perlu ada anjakan. Rakyat kita tidak boleh disogokkan hanya dengan Pembangunan fizikal semata-mata. Ini kerana mungkin tidak membawa perubahan kepada rakyat di peringkat bawahan. Contohnya; jika kita bangunankan projek kos 20 juta, mungkin yang dapat manfaatnya hanyalah segolongan tertentu. Umpamanya; pihak pemaju, kontraktor, pekerja binaan dan penjual barangan [hardware]. Rakyat belum pasti akan dapat menikmatinya. Ini kerana rakyat kita khususnya masyarakat bumiputera masih banyak berada di luar bandar dan menceburi sektor pertanian, penternakan dan menjadi nelayan.
Kalau adapun segelintir orang kita yang berada di bandar, mereka kebanyakannya adalah golongan pekerja dan berada dalam zon selasa [ confort zone] sama menjadi pegawai kerajaan atau swasta. Golongan ini [Melayu bumiputera] kebanyakannya adalah golongan pengurus dan pentadbir orgnisasi dan bukannya usahawan atau peniaga. Pendek kata mereka golongan makan gaji. Biasanya golongan makan gaji ini hanya mampu menyara diri sendiri. Pendek kata mereka bukanlah golongan sasaran yang perlu diberikan perhatian oleh barisan pemimpin kita.
Seperti yang diakui oleh YAB. Presiden UMNO yang baru [ Datu Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak] dalam ucapan pengolongan di perhimpunan tersebut, bahawa lebih 60% masyarakat [rakyat Malaysia] adalah terdiri daripada golongan muda yang usianya sekitar 40 tahun ke bawah?. Jika statastik ini tepat, bermaknya lebih daripada 16 juta rakyat kita adalah mereka yang berada di dalam golongan atau kelas yang bergelar 'belia'. Persoalannya; di manakah golongan ini berada - di bandar atau di desa? Apakah bentuk budaya dan pemikiran golongan ini?
Ternyata di manapun mereka berada [ bandar atau desa] mereka adalah masyarakat yang dilahirkan dan berada di zaman selepas merdeka. Oleh itu kebanyakan mereka ini adalah masyarakat yang terdidik dengan pemikiran dunia globalsasi dan ICT. Mungkin juga ada di kalangan golongan remaja ini tak kenalpun siapa Perdana Menteri atau Menteri-Menteri Kabinet kita. Jauh sekali [jikapun bukan semua] mengenal falsafah dan erti kemerdekaan serta nilai perjuangan menegakkan negara bangsa Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
Jika inilah permasalahannya, apakah bentuk dan pelan tindakan yang kita harapkan daripada pimpinan kita ini? Ternyata - kami sependapat bahawa pembangunan minda / insan perlu menjadi teras kepada pembangunan masyarakat kita di masa akan datang. Jika kita ingin melihat Malaysia mampu tegak sebagai negara yang berdaulat di bumi yang merdeka ini , maka golongan ini tidak boleh disogokkan hanya soal pembangunan fizikal semata-mata tetapi mereka perlu didedahkan tentang ' semangat kebangsaan, nilai agama, adat dan budaya serta juga falsafah rukun negara'. Wallahualam!

Sunday 22 March 2009

MEMBANGUN MINDA-MEMPERKASA BANGSA

Malaysia, negeri Sabah khususnya telahpun mencapai kemerdekaan sejak 45 tahun yang lalu [16 September,1963]. Namun persoalan yang kita hadapi sekarang ialah apakah dan bagaimanakah bentuk pengisian kemerdekaan yang kita kehendaki. Adakah pengisian kemerdekaan ini hanya bersifat pembangunan fizikal untuk segelintir manusia atau segelintir pemimpin kaum tertentu atau sebaliknya? Dan apakah juga pembangunan yang ada ini sesuai dan memenuhi kehendak dan cita rasa rakyat secara keseluruhannya? Inilah cabaran kepada para pemimpin kita di Malaysia, khususnya di Sabah hari ini.
APAKAH KEMERDEKAAN SEBENAR?

Ramai beranggapan bahawa erti kemerdekaan itu adalah suatu bentuk kebebasan diri, di mana rakyat mempunyai hak mutlak menentukan bentuk kerajaan dan pemimpinnya sendiri, melalui proses demokrasi. Walaupun anggapan ini benar, namun kemerdekaan yang bersifat kebebasan diri semata-mata, tanpa mempunyai misi dan visi yang mantap dan kukuh juga pada saya tidak membawa apa-apa makna, jika pemikiran kita sebagai rakyat masih dibelenggu pemikiran sempit yang bersifat kesukuan, fanatik dan kedaerahan serta sukar untuk menerima perubahan dan idea-idea baru yang positif.

Pada saya, kemerdekaan dalam ertikata sebenar ialah kemerdekaan mental serta kemerdekaan spritual – di mana paksinya harus bertunjangkan kepada jati diri bangsa Malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara. Minda kita perlu terbuka tanpa dipengaharui sentimen dan elemen-elemen kesukuan. Dalam pengertian mudah, kita perlu mengenepikan sentimen kesukuan dan menerima pembangunan minda dengan hati dan pemikiran terbuka. Ini penting agar kehidupan kita berkembang maju dan berubah dari konsep lama kepada yang lebih moden, tanpa mengorbankan nilai-nilai dan norma jati diri bangsa.
PEMBANGUNAN FIZIKAL

Saya bersetuju, bahawa pembangunan fizikal adalah asas kepada pembangunan sosio-ekonomi. Pembangunan sosio-ekonomi adalah pemangkin kepada pembangunan spritual dan mental. Namun pembangunan bercorak fizikal hanyalah pembangunan yang bersifat sementara dan tidak kekal. Nilainya akan menurun serta kadang kala tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa. Oleh yang demikian penekanan kepada aspek pembangunan fizikal semata-mata adalah tidak memadai dan tidak akan membawa masyarakat kita ke mana-mana. Malahan mungkin juga masyarakat kita akan menjadi masyarakat / rakyat yang terbias dan sesat dalam menentukan matlamat kehidupan serta mungkin juga lupa akan matlamat mereka dijadikan Allah sebagai manusia yang terbaik di dunia ini sesuai dengan firman Allah s.w.t "Tidak ku jadikan jin dan manusia di dunia ini melainkan menyembah kepada aku" dan " tidak ku jadikan manusia melainkan menjadi kalifah [pemimpin] di muka bumi ini". Lebih daripada itu mungkin masyarakat kita akan kehilangan nilai dan jatidirinya akibat terlalu taksub kepada pembangunan meterial yang bersifat kebendaan.
PEMBANGUNAN INSAN

Saya berkeyakinan program pembangunan insan atau minda perlu menjadi matlamat asas perjuangan para pemimpin politik kita. Kenapa? Kerana pada saya pembangunan minda amat penting, kerana ia berhubung-kait lansung dengan cara manusia berfikir dan bertindak. Ini kerana mindalah yang akan menentukan cara kita berfikir dan bertindak.

Saya tidak bermaksud untuk mengajar itik berenang. Namun saya banyak melihat perkara-perkara yang saya anggap remeh-temeh. Misalnya; ramai di kalangan pemimpin kita menjadikan program sembang-sembang kedai kopi atau membawa penyokong beratus orang untuk lawatan ke sana sini [terutama ke Kuala Lumpur] dengan berbelanja ratusan ribu ringgit semata-mata untuk ingin memikat hati para penyokong. Mungkin ada yang berkata ‘ u peduli apa, itu bukan duit u’. Itu memang benar. Tapi soalan saya juga, dari manakah duit datang? Bukan duit sebanyak itu lebih baik dibelanjakan untuk membaiki dan menyelesaikan masalah hidup rakyat. Umpamanya; membantu menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat di kampung. Misalnya: memperbaiki rumah rakyat yang rosak, bocor kerana ditimpa bencana. Atau masalah pembelajaran anak-anak, bantuan yuran kemasukan sekolah, kolej atau universiti dan sebagainya.

Pada saya, dalam situasi sekarang ini [ kemelesatan ekonomi ], pemikiran kita perlu ditumpukan kepada aspek tentang bagaimanakah kita boleh membawa perubahan yang bermanfaat kepada rakyat secara menyeluruh. Umpamanya; memberikan rakyat [penyokong] bantuan asas untuk membeli keperluan bagi mana memulakan perniagaan atau perusahaan. Membuat kuih-muih misalnya; mungkin bantuan asas tersebut boleh merubah hidup rakyat menjadi baik dan selesa. Atau juga gunakan duit sebanyak itu untuk melatih rakyat tentang bagaimana seharusnya menjadi usahawan dan penternak yang baik dengan menaja ahli-ahli tersebut menyertai kursus dan latihan pembinaan diri.
Saya yakin dengan ilmu yang ada, mungkin mereka akan lebih berjaya. Dengan itu mereka tidak perlu ditaja sebaliknya mereka akan dapat membiyai kos perjalanan diri sendiri. Dalam ertikata lain mereka boleh melancung ke seluruh negara atau tempat yang mereka inginkan dengan belanja sendiri. Perkara seumpama ini boleh dicapai dengan syarat rakyat dan pemimpin perlu mempunyai pemikiran terbuka. Bersedia menerima cadangan, teguran atau kritikan yang membina. Dalam ertikata lain kita [rakyat dan pemimpin] perlu bersedia mereformasikan minda mereka. Bukan berdolak-dalik dengan memberikan pelbagai alasan yang remeh temah.

REFORMASI MINDA

Reformasi minda adalah perubahan cara berfikir kita kepada yang lebih terbuka dan positif. Pemikiran yang terbuka dan positif bermakna pemikiran yang dibuat berlandaskan kepada pemikiran rasional, bernas dan wajar. Pemikiran yang wajar dan rasional akan membolehkan kita melakukan sesuatu tindakan dan keputusan yang positif tanpa dipengaharui oleh emosi, perasaan buruk sangka, hasrat dengki, cemburu, irihati, prajudis dan sebagainya. Sikap prajudis, buruk sangka dan irihati, sebenarnya amat bebahaya adalam amalan politik kita. Sikap ini ( jika ada) hanya akan menyebabkan kita berpecahbelah dan ketinggalan. Yang rugi bukan sahaja pemimpin, tetapi juga adalah rakyat keseluruhannya.

MEMERDEKAKAN MINDA

Minda yang merdeka adalah minda yang berfikiran bebas [tanpa prajudis] dan tahu menentu serta menilai yang mana buruk dan yang mana baik. Rakyat perlu diberikan pendidikan dan kefahaman sebenar dan didedahkan kepada fakta. Dengan itu mereka dapat menilai mana yang benar dan mana yang palsu. Memahami kebenaran berdasarkan fakta bukan berdasarkan kepada cerita rekaan atau khabar angin. Mereka perlu dilatih bagaimana berfikir secara positif dan terbuka serta bebas dari dipengaruhi unsur-unsur negatif. Pemikiran yang positif, membolehkan kita dapat menyertai proses pembangunan secara progresif dan pro-aktif. Dalam konteks ini pemimpin juga rakyat perlu membuang segala tangapan yang negatif dan sikap prajudis terhadap kejujuran orang lain.

MINDA DAN POLITIK KEDAI KOPI

Satu lagi hal yang menerik perhatian saya adalah 'Politik Kedai Kopi’. Di Malaysia, politik kedai kopi ini adalah suatu yang amat sinonim kepada peminat-peminat politik tanah air kita. Sebenarnya amalan ini baik, jika ia berpaksikan kepada perbincangan positif. Misalnya; membincangkan prihal politik semasa tanah air serta bagaimana caranya membawa masyarakat atau rakyat kita untuk maju dalam pembangunan dalam bidang sosial,ekonomi dan politik secara sihat dan memberansangkan. Di samping itu pemimpin perlu memandu penyokong bagaimana seharusnya membahas dan membangkitkan pelbagai isu dalam hal-ehwal politik semasa dengan baik dan bijaksana, supaya rakyat mampu menghayati dan menilai akan perkembangan dan pergolakan politik semasa dengan minda yang terbuka dan positif.

Bagaimanapun agak menyedihkan kerana ketika dunia di luar sana berbicara prihal kemajuan ekonomi, teknologi, sains angkasa serta dunia globalisasi, minda sebilangan masyarakat kita masih lagi dibelenggu oleh amalan budaya ‘Politik kedai kopi ’ yang memperdebatan perkara yang remeh-temah. Perdebatan umpamanya; soal siapakah yang harus jadi calon. Dari suku manakah calon tersebut?.

Pada saya, perkara seumpama ini (walaupun ia menjadi hak kita untuk membangkitkannya), ia perlu dihentikan. Ia sebenarnya tidak berfaedah dan hanya membuang masa. Ini kerana tugas seorang pemimpin atau wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat (melalui amalan demokrasi dalam pemilihan parti atau pilihanraya) adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua kaum yang diwakilinya dan bukan kepada kaum / suku pemimpin itu datang.


Dalam konteks ini apa yang lebih penting ialah kemampuan seseorang pemimpin berkhidmat kepada rakyat. Bukan keturunan atau dari suku mana seseorang pemimpin itu datang. Sebagai rakyat [ pengundi atau perwakilan parti] yang berfikiran positif dan pro-aktif, perlu meletakkan nilai kepemimpin seseorang itu berdasarkan kepada faktor-faktor atau ciri-ciri berikut :-

  1. Kewibawaan diri pemimpin atau individu tersebut.
  2. Keperibadian – baik, mesra dan mudah diterima rakyat.
  3. Kebolehannya – membawa misi dan visi bagi kepentingan rakyat diwakilinya.
  4. Kemampuan- membawa isu-isu semasa dan berupaya mengatasi masalah rakyat di kawasannya.
  5. Pengalaman berorganisasi dalam kerjaya dan politiknya.
  6. Intelektualismenya- dapat mengutara pandangan, pendapat, idea dan fikiran yang bernas dan positif bagi kemajuan dan kepentingan rakyat keseluruhannya.
  7. Moral yang baik, amanah, bersih dan berintergeriti serta
  8. Hubungan sosial yang baik dan mudah diterima rakyat.

Lebih penting lagi ialah kemampuan pemimpin itu sendiri untuk membawa perubahan kepada masyarakat yang diwakilinya ke suatu tahap yang lebih maju ke hadapan. Dalam ertikata lain kita perlu mencari pemimpin yang terbaik di kalangan yang terbaik. Atau " The best among the best ". Bukannya dari kaum mana pemimpin itu datang.

KOMPOSISI POLITIK SUKUAN


Kita perlu menerima hakikat bahawa negara Malaysia ini dan negeri Sabah khususnya mempunyai penduduk dan masyarakat yang pelbilang kaum. Kewujudan masyarakat pelbilang kaum ini sebenarnya akan lebih mencantik dan mewarnai dunia politik kita tanah air kita ini. Oleh itu adalah malang jika masih ada kalangan rakyat atau segelintir pemimpin masih lagi bersikap dan berfikiran sempit dengan membawa politik perkauman sempit di negara ini.

Menerima kosep dan formula kontrak sosial yang sedia bermakna kita menerima sikap pemikiran terbuka dan menolak segala bentuk sifat prajudis dan perasaan buruk sangka di antara satu sama lain. Dengan demikian juga bermakna kita telah melimpar dan membuang segala pemikiran negetif dari sanubari kita. Dengan membuang fikiran negatif itu kita tidak akan mudah diperkotak-katik dan dipecah-belahkan oleh orang lain khususnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab.

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa pembangunan minda perlu menjadi keutamaan kita bagi memperkasa bangsa kita khususnya masyarakat Melayu bumiputera ini. Hanya insan yang mindanya perkasa dan terbuka akan dapat bertindak dengan sewajarnya dan penuh bijaksana tanpa prajudis. Jadilah dan marilah jadi pemimpin yang berwawasan dan berwibawa. Jadilah pemimpin yang diikuti dan disegani, bukan pemimpin yang takuti.

Wallahualam...!

Thursday 19 March 2009

ASAS PEMBENTUKAN PENTADBIRAN N. SABAH

SISTEM PENTADBIRAN NEGERI SABAH [BORNEO]
SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA. [ TAHUN 1500M HNGGA 1967 ]

1. KUASA PENTADBIRAN SULTAN - [BRUNEI/BORNEO–1500M]- CATATAN YANG ADA MENUNJUKKAN BAHAWA KERAJAAN DAN KESULTANAN BRUNEI TELAH DITABAL DAN DIIKTIRAF KUASA PENTADBIRANNYA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN YANG BERDAULAT DI NUSANTARA INI OLEH SULTAN JOHORE PADA TAHUN 1520.

2. SULTAN MELANTIK WAKIL-WAKIL WILAYAH - YANG TERDIRI DARIPADA SHARIF-SHARIF,DATU-DATU DAN PANGERAN [1841-1870]

3. 1874 - SULTAN BRUNEI MEMBERI PAJAKAN - KEPADA PENIAGA AUSTRIA BARON OVERBECK –
SYARIKAT DENT BROTHER –WILAYAH JAJAHANNYA DI SABAH

4. 1878 OVERBECK - SYARIKAT DENT BROTHER [MELANTIK WAKIL-WAKIL MENTADBIR KAWASAN/ DAERAHNYA PAJAKANNYA DI SABAH [DARI KIMANIS/GAYA HINGGA KE SUNGAI SIBUGA] YANG BERGELAR RESIDEN.

5. 1880M. SECARA TIDAK LANGSUNG SYARIKAT PIAGAM BORNEO UTARA MENJADI KERAJAAN BERDAULAT DI SABAH

6. 1881 – SYARIKAT MELANTIK GABENOR SABAH SEBAGAI KETUA PEMERINTAH – DIMANA GABENOR MELAPOR PERJALANAN PENTADBIRAN SABAH TERUS KEPADA LEMBAGA SYARIKAT

7. 1883 MAJLIS PENASIHAT DITUBUH - SERAMAI 5 ORANG AHLI RASMI, PEGAWAI KERAJAAN–2 AHLI TIDAK RASMI,1 WAKIL PRIBUMI DAN 1 KAUM CINA. TUGAS MAJLIS ADALAH MELANTIK GABENOR. KEMUDIAN MAJLIS DITAMBAH MENJADI 9.

8. 1905 – MAJLIS DIBUBAR KERANA DIANGGAP GABENOR MENJADI DIKTATOR

9. 1912 – MAJLIS PERUNDANGAN DITUBUH MENGGANTIKAN MAJLIS PENASIHAT. SERAMAI 13 ORANG AHLI DILANTIK. MEREKA TERDIRI DARIPADA 9 AHLI RASMI YANG TERDIRI SEORANG GABENOR DAN 8 PEGAWAI RASMI KERAJAAN. 4 TIDAK RASMI–DILANTIK MEWAKILI SEKTOR PERTANIAN, SEKTOR PERDAGANGAN DAN 2 KOMUNITI CINA . FUNGSI MAJLIS PERUNDANGAN ADALAH SEBAGAI MAJLIS FORUM MENYALURKAN PENDAPAT YANG BOLEH DIDENGAR OLEH GABENOR–HINGGA 1941.

10. 1942 –1945 [ PENJAJAHAN JEPUN]

11. 1947 – SEKRETRIAT DITUBUH. SETIAUSAHA KERAJAAN SELAKU KETUA PENTADBIR DILANTIK.
[ PEJABAT DIPINDAH DARI SANDAKAN KE JESSELTON [KK].DIWUJUDKAN PEJABAT PERHUTANAN, PEJABAT POS, KERJARAYA, KERETAPI, PERBENDAHARAAN, PERUBATAN DAN TANAH & UKUR]
BERERAPA RESIDEN / DAERAH DIWUJUDKAN.

[

TEMPASUK

SEJARAH SILAM TEMPASUK

Tempasuk adalah merupakan salah satu daripada tiga Kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah yang terletak di Parlimen P.169 Kota Belud. Tempasuk dalam kontek sejarah silam, sebenarnya adalah merujuk kepada daerah Kota Belud itu sendiri dan ia telahpun mencatatkan satu rentetan sejarah politik tanah air Sabah yang cukup panjang dan bermakna sejak seratus lima puluh tahun yang lalu.

Dilihat dalam konteks sejarah silam, Tempasuk sebenarnya telahpun mencatat satu nama yang menjadi lagenda dan cukup terkenal sejak sebelum zaman penjajahan British lagi. Di zaman pemerintahan tradisional [bumiputra tempatan] Tempasuk telah menjadi satu jajahan pemerintahan yang bertaraf ‘Negeri’.

Di zaman pemerintahan tradisional ini, Tempasuk mempunyai beberapa buah daerah jajahan. Pada lazimannya, setiap jajahan ini akan diketuai oleh seorang pembesar yang bergelar Datu atau Raja. Ketua-ketua pemerintah bagi sesuatu daerah ini kadangkala pada satu tahap atau peringkat yang lebih tinggi, ia digelar Sultan.

Di antara nama-nama bagi daerah jajahan tersebut ialah Layah-layah [Leyah-Leyah] yang dikatakan diketuai oleh Sultan Dukayain. Semantara Pandasan (Pandassan) pula diperintah oleh Datu Roumbangan dan Merabau ( Marabaow) oleh Datu Mamonddallum Saudow [Datu Samadalem Sawato]. Tamau ke Kuala Pandasan (Rampayan) oleh Raja Muda Pittailan. Di samping itu terdapat beberapa buah daerah jajahan seperti Taginambur [Ginnambur], Kuala Abai yang dikatakan diperintah oleh Datu Sakelawi serta beberapa orang syarif sebagai pembesar bagi tanah jajahan tersebut. ( Lihat: The Diary Of Mr. William Pretymen-First Resident Of Tempassuk, North Borneo, 1878-1880 )

Setelah kedatangan pedagang-pedagang British dari North Borneo Company, Tempasuk sekali lagi mencatat sejarah apabila J.William Pretyman mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pembesar-pembesar tempatan di Tempasuk bermula pada 2 Mei,1878. Siri pertemuan pembesar-pembesar tempatan dengan W.Pretymen ini telah diatur oleh Pangeran Sir Raja Muda dengan dibantu Oleh Raja Muda Pittailan dan Raja Muda Sandansilan. William Pretymen akhirnya menjadi Residen Pertama British di Tempasuk.

Pertemuan bersejarah ini adalah bertujuan untuk membincangkan hal yang berkaitan dengan permasalahan pemerintahan serta soal keselamatan dan keamanan bagi pentadbiran British yang melibatkan wilayah Pemerintahan Melayu tradisional (Borneo) di perairan Laut Cina Selatan - antara Sabah dan Sarawak. Perbincangan Ini dibuat bagi atas arahan peperintahan James Brooks [Sarawak] bagi menjaga kepentingan keselamatan pedagang-pegadang British yang melalui perairan pesisir laut China Selatan, khususnya antara kawasan Simpang Mangayau [Kudat], Layah-Layah, Kuala Tempasuk [ Kota Belud ] hinggalah ke Ambong [ Tuaran ] dan Pulau Gaya [ Kota Kinabalu ], yang dikatakan sering diganggu oleh pembesar-pembesar tempatan ketika itu.

Maka bertolak dari sinilah Tempasuk sering dirujuk dan ditonjolkan sebagai salah satu mukim pemerintahan atau jajahan bagi ketua-ketua suku kaum peribumi tempatan (bumiputra) sehingga kedatangan Charterd Company (British) pada 22 April, 1878.

PENJAJAHAN BRITISH

Kedatangan Penjajah British yang menguasai Sabah pada tahun 1881-1942, dan 1945 -1963 telah mula merubah keadaan. Tempasuk ( Kota Belud ) telah dijadikan salah satu wilayah jajahan British di Sabah. Dengan wujudnya penjajahan ini, maka kedaulatan pemerintah Melayu tradisional serta kebebasan yang dinikmati oleh rakyat tempatan (bumiputra) telah terhakis.
Kedaulatan dan kebebasan rakyat untuk menentukan politik serta masa depan mereka telah tidak wujud lagi. Segala tindak-tanduk dan keinginan rakyat ketika itu perlu terlebih dahulu mendapat restu dari penjajah British.

PENJAJAHAN JEPUN

Kedatangan penjajah Jepun di Sabah pada tahun 1942-1945, Tempasuk ( Kota Belud ) telah mencatat sejarah pahit. Di kalangan masyarakat bumiputra, zaman penjajahan Jepun merupakan zaman kegelapan dan penderitaan. Rakyat bukan sahaja diseksa tetapi juga menempuh penderitaan dan kematian. Di zaman penjajahan Jepun keadaan menjadi begitu sukar. Kedaulatan bumiputra dan kawasan pemerintahan bukan sahaja tercabar dan tidak dapat dipertahankan, tetapi juga kelangsungan hidup masyarakat tempatan ketika itu begitu terhimpit dan terseksa.

Rakyat diselubungi rasa ketakutan dan dizalimi oleh penjajah Jepun. Kehidupan seharian masyarakat tempatan begitu sukar. Kegiatan sosial dan kebebasan bercakap (berpolitik) bagi menentukan kekuasaan dan kedaulatan serta martabat bangsa begitu terhad. Malahan dalam segala gerak-geri rakyat diperhatikan dan diawasi oleh penjajah Jepun. Tindak tanduk rakyat yang memperlihatkan sikap penentangan terhadap pemerintah Jepun akan ditangkap dan hukum. Kesalahan yang berat hukumannya adalah " potong kapala ".

MENUNTUT KEMERDEKAAN

Setelah penjajah Jepun ditewaskan oleh tentera perikatan pada tahun 1945, Sabah sekali lagi diperintah oleh British. Dalam masa inilah beberapa usaha terus dijalankan oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu ke arah menuntut kemerdekaan dari penjajahan British. Melalui Parti-parti yang mereka tubuhkan seperti United National Kadazan Orgnization [UNKO] Ogos1961, yang dipimpin oleh Allahyarham Tun Mohd. Fuad Stephen ( Donald Stephens ), Parti United Sabah National Organization ( USNO ) 1961, pimpinan Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun, Parti United National Pasok Momogun (Pasok Momogun) Januari, 1962, pimpinan mendiang G.S.Sundang dan beberapa pemimpin Sabah lagi, akhirnya hasrat Sabah untuk mendapatkan kemerdekaan tercapai dengan menyertai pembentukan Malaysia pada tahun 16 September, 1963.

Demikianlah rentetan sejarah silam kita yang cukup pahit. Kita perlu merenung dan menghayati serta mengambil iktibar daripada peristiwa ini agar kemerdekaan yang kita nikmati lebih 45 tahun lalu tidak sia-sia.