Wednesday 13 May 2009

Pembangunan Modal Insan - Di mana silapnya?

Kemelut politik Malaysia khususnya di Perak,  menggingatkan saya kembali kepada beberapa ucapan penting pemimpin negara terutamanya Y.A.Bhg.Tun Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. Y.A.Bhg Tun M pernah menyatakan suatu ketika dulu bahawa:-

“…Kualiti Sumber Manusia merupakan asset utama dan penyumbang terbesar kepada pembangunan negara. Pengalaman Negara perindustrian baru telah membuktikan kenyataan ini. Walaupun mereka mengalami kekurangan sumber semulajadi, tetapi dengan penggunaan secara optimum sumber manusia,  mereka telah mencapai kejayaan cemerlang. Pembangunan Sumber Manusia telah muncul sebagai penentu utama bagi pertumbuhan ekonomi yang mapan seterusnya peningkatan kualiti hidup".

Tegas Y.A.Bhg. Tun M lagi bahawa “ Adanya kualiti sumber manusia yang sesuai akan membolehkan sesebuah Negara mengalami tranformasi ekonomi daripada yang berasaskan pertanian kepada ekonomi perindustrian yang berjaya. Kualiti Sumber Manusia bukan saja merujuk kepada tahap pendidikan dan kemahiran tetapi juga nilai-nilai etika yang baik membolehkan penggunaan kemahiran secara maksimum. Untuk memainkan peranan penting dalam perdagangan antarabangsa, tenaga kerja kita perlulah bermotivasi tinggi bagi menggunakan kelebihan diri dan kualiti moral untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa".

Di samping itu Y.A.Bhg. Tun Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi – mantan Perdana Menteri ke-5 juga pernah berkata di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-6 (MAPPA.VI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 20hb. Januari, 2005) bahawa "pembangunan modal insan menjadi suatu keutamaan dalam RMK.9. Oleh kerana itu kerajaan mengambil keputusan untuk menggerakkan penghidupan nilai baik, berbudi bahasa... bukan pandai bodoh sombong, ada yang ada idea tak nak kongsi, cemburu, depan tak cakap, belakang mengata". 

Dari kedua-dua pernyataan di atas cukup jelas bahawa pembangunan sumber manusia bukan sahaja merujuk kepada tahap pendidikan dan kemahiran tetapi juga nilai-nilai etika yang baik dan berkualiti, di semua peringkat, khususnya di kalangan para pemimpin, pelajar, belia dan sebagainya sebagai Modal Insan yang berdaya maju bagi membantu melahirkan sebuah masyarakat atau kerajaan serta orgnisasi yang baik dan cemerlang bagi merealisasikan gagasan dan Wawasan 2020 Negara.

Namun dengan suasana dan kemelut sosial, ekonmi dan politik yang berpanjangan ini, hati saya tertanya-tanya di manakah silapnya usaha kita membina modal insan selama ini- sehingga kita melahirkan suatu  masyarakat atau generasi 'babruk'?. Adakah agensi-agensi pelaksana latihan seperti BTN, KEMAS, JAKSA, JAKIM dan lain-lain lagi gagal memahami dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat khususnya di kalangan generasi muda kita seperti mana yang diharapkan oleh pemerintah atau negara? Atau sistem pendidikan kita yang salah...?

3 comments:

  1. Saya terfikir sejenak apabila membaca Artikel saudara..Bagaimana menjayakan pembangunan modal insan kalau pemimpin sendiripun masih perlu dibangunkan keinsanannya...dunia sekarang menyaksikan bahawa kemanusiaan semakin terhakis...

    ReplyDelete
  2. Sekian lama saya tidak menulis apa-apa artikel diblog saya. Semoga 2020 nanti berkelapangan utk bercambah minda. Insha Allah

    ReplyDelete